i lOve you.. muaahh !

Saturday 21 April 2018

Itinerary ke Pulau Tioman

Assalamualaikum.. lama betul aku tak update blog ni almost 5 tahun biarkan dia keseorangan, kesepian.. Sekarang aku rajin dan ade masa sikit untuk share2 itinerary ke Pulau Tioman. Aku pergi ni masa bulan lepas 23hb March 2018. Plan yang last minute iaitu seminggu sebelum nak pergi. Semua aku yang handle, suami aku? Dia just keluarkan duit je kesana. Aku ni dengan berbekalkan RM25 dah boleh pergi ke Tioman dengan syarat suami kena ada disamping aku setiap masa dimana jua aku berada. oooo yeahh !

Travel kalini bukanlah budget sangat tapi takdelah mahal sangat just so-so je. Aku pergi sane ambil pakej dengan agent untuk 3H2M. Ambil pakej ni sebab shuben aku cakap takut takde hotel lagipun musim cuti sekolah ofkos la ramai orang kan travel ke sane. So, atas langkah2 keselamatan kitorang pon book la dengan Juara Mutiara Resort. Aku ambil resort yang sea view, ada air cond, bathtab, tv, peti ais, waterheater. Ehhh..lupe nak bagitau pakej ni include breakfast, lunch and dinner jugak tau. Tiket ferry pergi balik, transport pergi balik, snorkeling (5 checkpoint) Harganya RM450/pax. so,total kami berdua RM900. Bagi aku berbaloi la kan selesa. Yang ada family pon sesuai stay kat sini. Macam private island gitu. Lagi satu layanan yang staff resort tu bagi ponn bagusss bangett.

Korang jangan risau makanan kat Pulau Tioman ni takdelah semahal pulau2 yang pernah aku pergi. Tioman ni harga die macam biasa je. Tapi bila kau nak budget silalah bawa makanan siap2 dari rumah tau. Kang nangis pulak bukak dompet tengok ada pasir pantai je. Tu je lah kot aku nak pesan. Aku memang bawa makanan dari rumah macam megi, roti, jajan. hihi.

Orait..Here we go..

Khamis

11.45 pm : Naik bas dari TBS ke Tg.Gemuk. (harga tiket pergi balik RM66/pax)

Friday

4.30 am : Sampai di jeti Tg.Gemuk. Jangan risau driver bas akan bagitau korang bila dah sampai di jeti Tg.gemuk. Kitorang lepak2 kat kedai mamak tepi jalan tu sambil nak tunggu tiket ferry pukul7am. Dari kedai mamak nak ke jeti dalam 5minit jalan kaki.

7.00 am : Naik ferry ke Pulau Tioman ambil masa dalam sejam setengah nak sampai ke Kampung Tekek. Kat sana dah ada driver tunggu korang. Dari sini nak ke resort pulak ambil masa 30minit.

11.00 am : Check in. sepatutnya pukul2 rezeki kitorang dapat check in awal sebab ada bilik kosong.

8.00 am : Time to dinner yooo ! kau melantak je banyak2 sampai kau rasa berbaloi dengan apa yang kau bayar. haha..

*First day ni kitorang buat aktiviti sendiri. Rehat2, petang tu ingat nak berkayak siap dah bayar pon duitnya sekali abang tu cakap ombak besar takleh kayak baru nak merasa berkayak dengan incik shuben tapi takpelah takde rezki so kitorang mandi pantai saje.

Saturday

7.00 am : Breakfast dulu. 

7.30 am : Berkumpul dekat depan lobi nak pergi snorkeling. Kena bayar rm10/pax okay untuk sewa alat snorkeling tu. Yang ni tak included dalam pakej kena bayar sendiri.

8.00 am : Sampai di jeti Kampung Tekek. Jauh jugak dia bawak kitorang nak bersnokeling ni. Aktiviti ni amek masa dalam 5 jam.

2.00 pm : Kitorang sampai di resort je mandi2 pastu tidur. Penat sangat badan duk berkayuh dalam air. Fuhh. So, petang kitorang macam biasa la mandi pantai lagi. 

(untuk lunch nanti die tapaukan korang makanan, check point yang ke4 rasanya dia bawak pergi makan)

8.00 pm : Pergi makan sampai kau nak muntah balik.haha.

Sunday

7.00 am : Dah kena terpacak depan lobi sebab tiket feri kitorang pukul9. Kena tunggu sejam awal sebelum nak naik feri ni. Breakfast waktu ni dia ada tapaukan untuk kitorang nasi lemak.

7.30 am : Sampai di jeti Kampung Tekek, kitorang beratur nak register nama untuk naik feri.

9.00 am : Feri dah sampaiiiiiiii... selamat tinggal Pulau Tioman. Ada jodoh jumpa lagi.

12.45 am : Lambat nak touch down sebab nak tunggu 2 feri lagi yang tengah queuing turunkan orang. Tiket bas kitorang dah la pukul1. Turun je dari feri ape lagii berlarii nak ke bustop yang jauh jugak dari situ. 10 minit jalan kaki. 

(nak pergi ke bustop tu korang kena tanya2 orang kat situ k. penduduk kat sana akan tunjuk arahnya. aku nak bgtau kat sini pon bukannya korang tau)

Total cost untuk 2orang aku estimate dalam RM1100. Korang boleh bajetkan lagi percutian korang. Happy travelling.


Tips nak pergi ke Pulau ni :

- Bawak sunblock yang SPF tinggi sikit. kalau tak kulit korang boleh burn teruk. Minah Salleh pon pakai sunblock tau.

- Tiket bas kalau boleh beli sekali untuk balik supaya korang tak risau dan gusar tiket ada lagi ke tidak.

- Panadol, minyak angin jangan lupa bawak incase ade emergency ke.

Okay itu sahaja daripada iolss. Bye.






waktu ni tengah tunggu nak check in

view dari depan pintu resort


nampak tak full view gune panorama ni?




waktu petang biasa mandi pantai

















Thursday 9 May 2013

Pahang ❤ again about us :)

Assalamualaikum...(pesanan dari aku ye..harap korang tak bosan bace entry yang panjang untuk kali ni sekian ... J)


Haiihh lame jugak kan tak update belog si-debab ni.. Almaklomlah makin debab dah malas nak taip entry baru yang tau mase cuti sem ni makan tido , makan tido.. ehh* haha.. Bosan lah 2bulan duduk rumah tak tau nak buat ape.. aku pon buat plan sendiri nak pergi Pahang.. kebetulan my geng semue free kan so masa tu lah kiteorang nak berkumpul balik kan kan kan..wat sore gedik plishhhh* kiteorang tidur hotel tau nama hotel tu hotel Wan Rai yang terletak di batu kapur.. sila cari kalau jumpa.. kalau tak jumpa sila terjun sungai yang berdekatan.. ihiks.. Aku duduk sane seminggu taukk.. bila ingat balik rase malu lahh duduk lame2 kat rumah orang.. tutup muka* semua Rai punya pasal bila cakap nak balik je mula lah dia buat hujan lebat (air mata membasahi bumi)  aku takut banjir je sungai Pahang tu.. hahaha ! maaf Rai.. ihiks..

Aku sampai2 sane je Rai amek tapi..tapi Rai amek aku lewat lah perot ni dah bunyi macam orang main gendang cina tau.. uhuk.. batuk* sampai kedai makan aku order nan cheese , ayam tandoori dan air limau suam. Nak minum ais tak kesampaian karang En.Hubby membebel macam mulut itik. Harap maklom. Hihi. Mase ni aku, Nabila, Rai je yang ade. Sulaiza masih kat rumah lagi sebab dia cakap kejap mak die bagi eh kejap mak dia xbagi eh. Haa banyak sangat eh kang aku tampor jugak muka kau karang :P hehe. Lepastuh kiteorang pergi pasar malam usya2 aku beli buah tangan untuk nenek rai. Perlu ke citer? Hehe. Peduli pulak kite en?

Hari kedua , bangun je dari tidur kiteorang pergi amek Sulaiza kat Temerloh Jaya sebab kiteorang nak pergi jenjalan. Woohooo.. And for the pes time aku bawak kereta woo.. kereta auto lah manual tak pandai lah awak itte nak drive. Hihi peace* aku bawak kete nak amek kanan ke kiri ke tak payah nak bukak signal ,terus amek kanan or kiri.. jalan bapak haku kan biasa lah.. hoho.. buat hedong besar* lepas amek Sulaiza kiteorang pergi tukar tayar kereta Nabila lah ni time ni lah nak tukar kan.. J  Lepastuh perut lapar kiteorang pergi makan kat Marry Brown nak merasa sebab dah lame kan tak pergi sane. Start aku duduk pahang takde nye wujud Marry Brown ni lagi hulu je Temerloh tu.. haha.. sorry oakme yek koy kutuk Temerlove oak ter (attention ! hanya orang temerloh je pahang ape koy kabo ni) .. pastu kan pastu kiteorang pergi singgah dekat Esplaned tengok sg.pahang dan bergambar2.. pheww~ nak tengok gambar baca dulu entry ni sampai muntah baru gambarnye muncul. Ihik~ lepastuh malam pergi Starmall nak pergi usya ticket Iron Man pergi2 je kat depan kaunter tu tertulis “ticket iron man untuk hari ini telah habis” kebabian apakah.? Hahaha ! nak pergi ronde kat mall pon kedai2 sane nak tutup dah. Adoiii awal betol tutup kan.xbest betul ! L kan dah kena balik awal. Haha.


Hari ketiga,bangun tidur je Nabila plan ajak mandi air terjun. Kiteorang pergi mandi air terjun kat Lentang. Jauh sangat kami merayap untuk kali ini. Sangat syiokkk woo. Sampai sane je kami cari air terjun yang paling atas sekali. Mandi kat bahagian atas best sikit kalau kite kencing pon orang bawah yg kena. Haha. Jahat amat aku ni kenn :D cari2 air tejunnye takde kiteorang pon mandi belah2 bawah je lah air nyo sangat sejuk segar je kalau time panas bahang duduk rumah best ni rendam dalam air sejuk kat lentang ni.. pakkal rumah i jauh je tau tau. Kalau x muka i lah yang menjadi tarikan pelancong. Krohhh kroohhhh ~ haha. Dah puas mandi kiteorang pun chaww pergi salin baju dalam kereta. Dalam kereta je tau kiteorang salin baju. Lawak kan ? gelabah je salin dalam kereta takut orang nampak.  Nasib kereta Nabila dah tinted so tak berapa nak nampak. Lepastuh kiteorang singgah di genting sempah makan mcd perut lapor woii swimming + tahan ketar sejuk nye air tu. Seronok sangat entah bila pulak nak macam ni lagi kan korang.? L Rai cakap next time plan nak pergi pulau pulak. insyaAllah. Harap2 jadi ok. Kumpul duit tau korang.?

Hari ke-empat, tu sulaiza nak balik sebab dia nak amek lesen kereta pulak. Kurang satu orang geng. Haihh ! lepastu aku dengan Nabila pergi lepak kedai sheikh sebab nak on9 punya pasai. Rai pulak busy jadi driver hantar/ambil adik2 dia dari sekolah so tak dapat lepak sama. Petang tu ingat lepas ambil mak Rai nak pergi lepak Esplaned sekali sampai je Temerluh kereta Nabila pulak wat hal. Dah tak jadi pergi sana. Malam tu just lepak rumah je takde pergi mane2. Aktiviti keluar malam tergendala sebab kereta masuk bengkel esok baru dapat ambil balik. Esok malamnye pulak mak Rai nak belanje kiteorang makan steamboat dekat rest house. Fuhhh, makan besa seyhhh kiteorang malam tuh. Thanks mumy ! balik tu kiteorang tidur dengan senang hati sebab dah bagi perut i ni makan sodap2 you. Hee~

Hari yang seterusnya kiteorang berjalan je lepak kat kedai makan and pergi lepak dekat esplaned , naik jambatan gantung. Seronok kau dok meloncat berlari kat tengah2 jambatan gantung macam monyet terlepas. Haha. Saje je nak bagi terputus tali jambatan tu baru lah aktiviti kita bertambah extreme kan kawan semua? Maybe masuk utusan Malaysia muka depan kot. Haha. Esoknya aku pun balik johor.  Sangat sedih ye nak2 Rai nangis berie. Haha. Btw thanks Rai tumpangkan tempat tidur kalau takde Rai mungkin kiteorang tidur rumah kosong je kot.. hehe. Aku dah mule rindu kat korang semua tau. InsyaAllah satu hari nanti kite berkumpul balik ye Rai , Nabila, Sulaiza. Rindu korang semua. Lebiuu sayangs ! lots of LOVE. Nah aku hidang kan korang gambar untuk santapan mate :P



Di Marry Brown
1. Suke wat muke ni, Rai pulak cover ayu
2. Nabila & me
3. Nabila & Sulaiza
4. Bukti aku drive kereta. nunjuk sangat :)


Temerloh, Esplaned
1. mintak ape tu beb? :P
2. Amboi Sulaiza nak jugok yak posing ?
3. Raifana & Nabila
4. mereka :)

Starmall ,Mentakab..
Rai belanja makan Secret woii , rugi lah susu kau balik.. haha
-> yang meja berserabut tu di KFC ye . sekian !


Tunggu pomen datang lame sangat aku dengan  Rai
bergambar sebentar  bersama KitKat :D



Thanks read my entry ! :*

Tuesday 9 April 2013

Sahabat selamanya ❤

Assalamualaikum 
(jawab salam aku ni kalau x ketuk kepala kang)..

Siapa kat sini ade kawan , kawan baik ke kawan jahat ke ? angkat bulu hidung aku nak kira bulu hidung kau ade berapa banyak siapa paling banyak dia banyak kawan . sengal pengotor betol lah ! ok2 kawan ni kan ade pelbagai jenis . Ade yang kawan dengan kita time kita senang je . Susah ? dia akan chaww kawan dengan orang lain . Lepas tu bila dia susah dia cari kita balik . Kawan yang macam ni kita patot jet je muke dia tu bagi berlobang besa hedong dia . Peduli pulak kite kan . Sape suruh perangai macam najis tahik kambing . sangat susah k nak dapat kawan yang jenis membantu kita time senang ke susah kebanyakan nak amik kesempatan dalam kesempitan . Aku kira bersyukurlah dan beruntung tau ade kawan yang ade time aku susah atau senang . Event dorang duduk jauh tak bermakna persahabatan ini semakin jauh and renggang . Tidak sama sekali :)

Nur Raifana Najwa(Rai) , Siti Sulaiza(Susu) , Nurul Nabila(Jeji) , Nur Aimi Liyana(Milo) ini kawan aku masa zaman sekolah lagi apa orang selalu cakap zaman kita berhingus hijau pekat pastu mak yang lapkan . Haha ! Rai kawan aku mase sekolah menengah lagi kami baru rapat masa Form4 pastu tempat tusyen pon sama . Kalau kat sekolah rehat dengan dia and the geng weolls conquer satu meja ok makan sambil berborak gosip macam buat rombongan cik kiah . haha . Susu , Jeji , Milo pulak bukan kawan satu sekolah semua ni . semua lain2 sekolah tapi kami still boleh jadi rapat . Pergi mana mesti berlima tau . Balik tusyen , pergi jalan , pergi makan , pergi kem2 wajib berlima . Kurang sorang macam tak lengkap . Dulu weolls ni suka sangat berkongsi cerita , bayangkan kalau 5 orang share cerita dorang sampai ke sudah takkan habis . Kalau nak berdating nanti mesti kena tolong cover . haha . Kalau pergi ke kem pulak sampai tak tidur sebab banyak cerita yang nak dicakapkan .

Aku masih ingat lagi Rai mase pergi UMP dah buat group masing2 pastu tersedar yang dia pakai baju terbalik . Tengok2 asal baju dia takde gambar yang macam kiteorang pakai special ke dia punya baju sekali die pusing belakang gambar tu kat belakang. haha. pakai baju terbalik nak cepat kan kelam kabut sampai mcm tu . gelak besa* Jeji pulak gila2 perangai and paling suka buat lawak , mulotnye sangat riuh macam murai.com Susu and aimi  pon boleh tahan jugak kalau buat lawak spontannya tu. then , kalau salah sorang antara kami ade masalah dorang bagi pendapat nasihat masing2 . jumpa dorang mesti hilang masalah tau :') .Banyak sangat kenangan yang kita lakukan    sampai aku lupa sebab banyak sangat . hehe . Tapi lepas masing2 dah dapat sambung tawaran belajar , masing2 busy , yang paling susah sangat nak jumpa Aimi sebab Aimi dia masuk politeknik. Aku , Rai , Susu UITM , Jeji pulak kerja .aku pulak dah pindah johor jauh pulak tu dari dorang nak hang selalu pon susah . Aku rindu korang sangat2 kalau ade mase mang aku akan jumpa korang and sanggup naik pahang semata2 jumpa korang so aku lagi baik dari korang kan.? jwab2 ! haha. :P

Lastly , khawen jangan jumpa jemput tau . pastikan aku jadi pengapit korang . haha . Semoga persahabatan kita kekal till jannah , diredhai Allah SWT . amin rabb :) jangan lupa aku yang jauh dimate ni ek . Hoi Milo , Susu , Jeji Rai kalau dah bace tu komen ahh aku nak tau korang bace .hehe. tata wsalam .
dari kiri ~ Aimi keding :P , Jeji ranting , me(si comel :P) , che.. 



Fantastic babey dance woohooo . Jenjalan di Kuantan :)





Baru2 ni aku naik pahang . dari kiri ~ Susu , Rai , me
tah pape je Susu ni tunjuk benda alah tu :P 








Saturday 6 April 2013

Fantastic Five, Hoyehh ! ツ

Assalamualaikum 

                                                                  
FANTASTIC FIVEdari kiri ~ Along , k.et , Angah , K.eka and me 
Eh, kau, kau dan kau . kau ade berapa adik beradik ? siapa sikit dia kalah. Gelakkan dia, hahaha ! Cis , tak baik lah aku ni jahat kan. Aku ade 5 sizzling sibling. 4 perempuan 1 lelaki. Semua handsome2 cantik2 dan tak lupe juga ke'ohsem'mannye itu. Kakak yang sulung diberi nama Nur Hafila binti Lokman, kedua abang ku yang dipanggil angah diberi nama Nor Azan Syah bin Lokman , lalu kakak ku yang ketiga pulak nama diberi Nur Afiqah  binti Lokman ,boleh panggil die Afiq , k tipu. haha. panggil kak Eka je tau tau, pastu kan pastu terkeluar lagi kakak ku buat kali yang ketiga, hahah! Kakak aku yang ketiga ni special sikit sebab takde dah Nur2 ni , ke cahaya dah takde ni. haha. Nama dia Siti Khadijah binti Lokman. Name isteri Nabi uolls. InsyaAllah perangai pon akan turut same. Baby yang ke-5 aku ah tu. peace atas kepala*

Tanggal 25/3/1994 pada hari jumaat pukul 12.45 pada masa tu semua orang pergi solat jumaat maka lahirlah baby girl yang cute miut. (wat peace sikit)  Lalu atas persetujuan semua ayah aku membagi je aku nama Siti Zubaidah binti Lokman. K terasa gedik sangat diri ini nak keluar time orang pergi semayang jumaat. Sebab malu mungkin nanti orang lelaki tengok i keluar dari perut mama i. Ahakz! Baby yang ke-6 pula terkeluar dari perut mak aku. Mungkin kalau ade aku bakar ke panggang hidup2 kot. Aku tak mau ah adik lagi. Biar aku je yang jadi adik. Sangat manja bukan aku? (y) untung ah laki aku dapat budak manja. phuik. kihkih. Nasib mama tak boleh pregnant lagi. fuhh hembus nafas.... Aku nak semua manjakan aku sorang je. bayangkan kalau ade adik , mesti kite je kan yang kene marah. hm . geli je nak emo bagai relax sudah ah . ;)

K aku nak citer perangai sensorang family aku. Mula dari along.. emmmm, along ni garang orang nya. mulutnye potpetpotpet. jait jugak karang mulut tu. ok tak tak. Dia seorang Kak long yang bagus sporting, caring, ape lagi yang ade ing kat belakang semua dia lah. haha. Ha ! lagi satu dia suke tolong adik2 dia wat assignment. Double baik kan kak long ni. lagi satu dia suka masak yang sedap2 kalau adik2 dia datang rumah. sekarang ni dah lame tak datang rumah dia, rindu masakan dia. tapi apakan daya sobs sobs :'(.. Dia ni debab montel orangnye. tengok tangan la beb banyak isi ke tak. dah lah pendek. ciss ! Xbaik je kan aku ni. Maksod aku pendek2 die comel je tau. suke tengok care dia jalan. lagi satu Suke tengok kulit along gebu n putih sangat . hehe. THE END pasal along, mari kita cerita pasal abang kesayangan aku yang hot ni. kenyit mate sambil wat  peace !


Angah , angah ni baik orangnya cool je tau. untunglah wanita yang dapat die. die tak khawen lagi sebab dia cerewet lah. nak yang mata bulat hidung mancung and opcoz yang menutup aurat. sesape ade ciri ni tak? Im no korang kat inbox fb aku. :) cepat ! siapa cepat die dapat. :P angah ni tak pernah marah2 adik2 dia tau kalau korang nak tau , Ye ! sumpah ok aku tak tipu lagi  suka tolong adik2 dia dari segi kewangan. hehe. terima kasih angah. memandangkan dia sorang sahaja anak lelaki tunggal dalam keluarga maka mama i ni kan macam manjakan dia lebih tau mengalahkan i tau. mencik!  Apa2 pon mang angahlah abang yang paling baik tau didunia ini. hehe. Adik doakan angah cepat kahwen , dapat isteri yang solehah, dimurahkan rezeki, tak sabar rasenya nak dapat kakak ipar tau. :') THE END . tetibe nak the end kan aku ni spoil je ayat pon macam tergantung, ahh peduli ape semua ni. malas taip panjang2, nak kenal meh inbox no korang kenal dengan aku bukan dengan abang aku tau. hahak. 

K.eka pulak kakak no.2 i . Dia sangat pemalu orangnya , jaranglah keluar rumah kalau ade benda penting aje baru dia keluar. Tak macam aku benda tak penting aje aku main larong keluar , kalau ade benda penting baru duduk rumah jadi macam pemalu sikit. ahakz! sengal, fine..... kak eka ni rajin orangnye rajin tolong mama rajin buat kerja rumah ngaji baca novel , tapi satu je slack die kuat tidur. kahkahkah. kantoi disini ! kak eka sangat baik sekarang ni , dia bukan jenis yang suka marah tapi kalau datang mood tak baik tu jangan layan die . Buat2 tak kenal je sudah tidur sebelah2 pon buat2 tak layan . so sweet bukan ? (Y) kak eka jugak lah yang selalu bagi nasihat kat i , paling banyak ceramah i tau dalam bab2 agama yang  i tak berapa nak faham . :') Dia juga seorang yang lemah lembot okeh , tak macam aku lemah gemalai hahaha sila muntah hijau sekarang* haritu hupdate pasal graduation dia ni lah tapi sekarang dia nak sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi ye ye iaitu master ye anak2? k THE END :)

K.et kakak no.3 i , sobs sobs i banyak kakak tau tau uolls . uolls pulak bagaimana ? :D kak et ni seorang yang berdikari orangnya . kak et ni jenis otak bisnes . Mase baru2 ni study week kat hostel dia dekat UPM asal dia bukak je laptop mesti online tengok2 usya2 jenis kain untuk buat seluar palazo or tudung . katanya nak bukak butik sendiri . Semoga apa yang k.et nak buat ni termakbul dan berjaya . Kalau bukak butik sendiri aku rase aku kot yang customer tetap or model . Haippppp ! jangan nak cakap lah badan berisi macam aku ni tak boleh jadi model . bolehlah tapi versi gemukkkk ! :( fine ! lepastu kak et cakap nak sambung master jugak tapi dalam course motivasi yang seangkatan dengannya lah sebab kak et ni ade ciri2 dah menjadi seorang pakar motivasi yang berjaya. Amin... Ohh bulan7 ni dia dah nak graduate dah  tahniah k.et. My idol is my own sister bukan retis2 wokeyh ! :P THE END lambai tangan*

Yang ke5 or yang bongsu baru aku . ok aku malas nak taip panjang2 nak kenal aku dengan selanjutnya pandang belah kanan korang tengok atas sekali ade Facebook aku klik je kat situ and korang dah boleh berkawan dengan aku ok . I tak sombong i kakilike lagi . sesiapa yang batak LIKE tu boleh ahh soh aku like status ke picture korang , aku akan like . bergantung pada mood aku jgak. haha. Baru tersedar ok saya ni kejap guna bahasakan diri aku kejap I. haha. Lhantak lah ye. asalkan korang enjoy baca :) . sekian wassalamualaikum !


Saturday 2 March 2013

proud of u sis !

assalamualaikum !

nampak tak tanda seru tu ! sedang excited sekarang ni nak hupdate pasal akak aku yang baru2 ni *tak baru sangat lah dah dua bulan yang lepas. sobs sob. ketinggalan zaman sebab benda yang dah jadi pekasam baru sekarang nak menaip. toink~ foine !  My sis telah menerima segulung ijazah di MSU pada 6/1/2013 tahun ni. Yes! tahun ini bukan tahun lepas semestinye. :) Dan aku satu family semua pergi graduation tu, oh lupe, bukan satu family je dengan kawan2 sekali aku angkot. hehe.

Aku, angah dengan mama hadiahkan dia bear pastu ade bunga hidup.Seminggu lepas tu bunge tu layu pastu campak dalam tong sampah. haha perlu ke cerita ni. :) kak long pulak belikan kfc atas sebab musababnya beli makanan boleh mengenyangkan perot. Dia cakap kalau belikan bear ke bunga ke boleh makan ke? tak silap kak long sumbat bunge ke bear dalam mulot korang bagi kenyang. tsskk. sentap* Eleh along ni biarlah nak beli pape pon. ok kalau beli makanan makan2 esok luse sakit perut mesti gedebusshhh balik kan. hahaha. at least beli bear kalau tengok bear tu teringat la juga kenangan silam. tak gitu?

At first,(bukan 1st dah ni. dah nak akhir. haha)what i wanna say is CONGRATULATION of coz and Alhamdulillah Syukur padaMu yaAllah. ini rezeki untuk kak eka yang berusaha mendapatkan segulung ijazah. Tiada ape yang dapat membalas balik pengorbanan mama menjage kita kecuali dengan menggembirakan hati dia dengan kejayaan ini. Ya ini pemangkin aku untuk mengikut jejak langkah kakak2 aku yang lain. adik, harap kak eka berjaye didunia dan diakhirat, k sis? cari kerja yang best2 naa. adik sentiase doakan yang terbaik buat k.eka and due orang akak adik yang lain juga. adik harap awak sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Adik suke sangat tengok adik beradik kite berjaye.. boleh adik duduk rumah goyang kaki, sambil tunggu income masuk tiap2 bulan. eh* kk typo semakin berleluasa disini, haha.

Last, suka hati awak lah nak jadi apa pon asalkan jadi insan yang berguna didunia mahupun diakhirat. insyaAllah. I LOVE YOU , MUAHH !




INI KAK NGAH , EH X2 NI LAH ANGAH YANG TERPALING SAYANG :)




Ni pulak hadiah yang i bagi tau u'olls. kecik sikit bear nye daripada yang angah i pegang tu.
perlu ke nk compare bagai ha ? cakap?! aq cekik kang !





Ni lah kak eka ku sayang. dia lemah lembut orang nye. takut lipas lagi. haha.
good luck sis <3






Haa yang ini pulak bakal isteri orang, ghahaha. ape peace2?
kalau  belajar xpandai khawen kan aje mama aku ckp. setuju cakap mama !  :D

Friday 14 December 2012

tanjat itte ☉..☉

assalamualaikum 
oii..oii..oii.. lame bebenor ye tak update blog ni.. bukan ape busy doh..busy!! emosi lebih kau* masuk kali ni dah berapa kali aku update busy.. haah aku busy.. busy berborak.. busy wat bende yg lagho.. busy online facebook.. azam untuk sem 2 ni punye la rase macam hebat..
 
nk study 24jam sehari sampai terjhojhol biji mate aku niy.. boleh upload kt utube video sore eyes kan?..SEBALIKNYE kalau dah ade niat nak study tu nanti cakap kat diri '5min la rehat jap.. last2 menguap lalu tertidur dengan sendiri nye sambil liur basi begitu deras kuo pastu lap2 gune kain selimut.. k tipu*hehe
 nk kurangkan makan kalau boleh nak minum air je bio jadi ikan kembung..kembung dengan air..SEBALIKNYE yang terjadi bukanlah yang disangkakan.. pagi bangun tidur cakap dengan member ' weh lapar, perot aku dah berbunyi ni sebelom masuk kelas makan dulu ye ' beli roti konon nak makan sebelum pergi kelas tapi  aku pergi simpan dalam box aku then biar bendealah tu sampai kulat..pastu..paa..ss..tuuu...petang makan.. paaa...ssss....tuuuu...malam makan.. kcun! sampai pakwe sendiri cakap mcm sarung nangka.. double triple cun.. sayang kau :*
 taknak bergelak sangat nanti ilmu yg lecturer ajar terkeluar balik.. malahan kalau kite bergelak dengan lebih kuat ilmu akan tercampak keluar selaju 180/km.. merapu* SEBALIKNYE haaa....haaa...kuuu... lepas je kelas balik bilik start dah ber'maharajalawak' sampai atett..atett perot itte etawe ekah-ekah au.. kalau xfaham sile google translate ok?
 
nak kurangkan tidur..sebab mase cuti tu kan ibarat aku balas dendam.. kalau aku tidur pukul 12, bangun pon mesti pukul12 tu dah wajib ok wajib ! kalau tak ..mengantuk ! mama suruh bangun pergi beli surat khabar ke .. mak (panggilan nenek aku) ajak teman pergi pasar pagi pon aku akan cakap pukul12 kalau nak suruh pergi beli surat khabar ke.. pergi pasar pagi ke.. hoiii !! name pon pasar pagi kan kalau pergi tengahari kau belilah sisa yang ditinggalkan ok.. bukan beli dah FREE of cash okeh ! makan la tengahari kau bersulam kan sampah siti.. surat khabar pon dah habis waktu tu laku sebab pada masa itu ada perhimpunan agung UMNO..aku ingat lagi oii aku ingat ! excited* kak eka ( kakak) pula dengan lemah gemalai kejut aku bangun suruh sidai baju.. waaa :'(( (DALAM HATI) kenapa aku..kenape aku..kenape aku..!! dapat menggambarkan kisah cuti aku macam mane.. heehee.. SEBALIKNYE sampai je kat kolej aku berubah 90%..kahkahkah.. tidur awal ke lewat macam mane sekali pon kat kelas menguap juga ok.. kepale angguk2 geleng2 macam natang yang terkena matahari pastu kepale otometik goyang2..heehee.. banyak betul syaithoonnn bergayut kat mata aku ni.. haishh !

sembang lebat kau kan siti.. boleh bash aku beramai-rmai sekarang! hahahah.. sudahhh lahh..piraahhhh malas dah nak  berazam bagai.. habokk tarakk..ooo..ooo..ooo..k lah.. nak kemas2 barang keluar dari unikop nak balik rumah.. heehee..

sekian maa..aceeehhhh..

Wednesday 17 October 2012

bye2 !

yeahhh ! :*
goodbye !  tatatititututtttt.... alamak radio rosak pulak..! semester 2 be nice for me.. subjek tu kalau boleh jangan susah2 nak boleh sambil mengire sambil pejam mate.. sambil mengire sambil makan2 makanan yang sedap2.. nak dekan je teap sem.. tau-tau bila tamat dapat naib canselor..  ( ini hanyalah khayalan semate2 , tidak ade kene mengena sama ada yang telah mati atau hidup)
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati
tiada manusia yang bodoh melainkan manusia itu sendiri yang membodohkan dirinye
sepandai-pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jugak..hehehe

hooreyyy !

assalamualaikum sebagai pembuka bicara

setelah berpurun berkurun lame tidak berbelog akibat kesesakan masa yang maha dasyat, dahku tidak berkesempatan untuk meluahkan rase rindu yang tidak berbelah bagi untuk meluahkan isi hati dahku ini..(sobss..sobss..sobss)  haphuiii.. geli kot ckp cenggini.. aku bukan cenggini tapi cengitu.. semuanyer terjadi dgn ceng.. aku bace2 blog orang kan kalau lame tak update mesti nak tulis perkataan 'berhabuk' , 'bersarang labah2 la bersarang tikus la ape la.. tapi blog aku sikit punn tak bersarang..cool je..aku siap relax lg bersile atas sofa tiup2 habuk2 kat komputer ni..kah3. sumpah tak lawak :'( merapu je lebih..

17.10.2012 tamat lah riwayat sem 1 aku belajar di kolej unicorn unikom unikop.. paper last ialah precalculus.. haa, harini la last.. best tahap gile vavi ni.. tahap dewa pon ade.. harap2 idok lah ade nyer..repeat2 paper.. amin.. paper yang aku rase susah kan geometry dengan precalculus.. hafal punye hafal..formula die masok je dewan exam otak blank.. stuckk.. haa ! tidakkkk ! tapi still watlex watpeace je..formula yg senang2 tu ingat la jgak tapi ta tau nak letak kat tempat yang mane.. ohhdamn ! kali ni memang paper yg ade pomula ni nak kena kan aku.. otak bergurau senda plak mcm nak taknak je bagi ingatkan balik mendealah tu.. hurmm.. markah bukan sebarang markah.. banyak pulak tu die letak kat satu soalan..haisshh..

 ,
katun ni macam aku time exam.. hehe

ok stop mikir pasal exam.. kite fikir pasal mcm mane care2 nak enjoy lah.. orite tak?  hari jumaat ni  kawan2 plan nak pigi sunway pyramid.. kat egypt kate nyer.. asal ade pyramid belasah jela ckp egypt.. aiyoo.. kasihan ittew.. tapi macam tatau lagi mau pigi ke tidak pigi.. hihi.. ketawe ni macam tersekat kat celah gigi je.. wa ketawe shopan beb ! lagi due perkara lagi nak berpuas2 berbelog ini dan berfacebook .. marah si dia kalau dapat tau ni..  selepas itu mau balik johor jumpa mama yang tersayang.. disana dahku makan tidoq makan makan tidoq tidoq tidoq .. nak merayap pule kite dah kene warning.. kesian kat kita, awak ..ok ni je care yang dapat aku enjoy kan.. kang membebel mulot apek itu.. :P

AWAK2 ! MACEH BACE ITTEW PUNYA CETORI :)
 
I LOVE YOU MORE THAN YOU LOVE ME..  <3I MISS YOU MORE THAN YOU MISS ME.. <3<3 MY DEAR MEGAT MUHD DANIELLE IKHWAN <3